Sunday, May 14, 2006

MALAM RAMAH MESRA ANGGERIK 1..

Saujana Utama, 13/Mei/06, Warga Jalan Anggerik 1 telah mengadakan Malam Ramah Mesra 2006. Acara ini adalah kali kedua diadakan, tujuan utama program ini ialah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk. Kami percaya, kejiranan yang muafakat akan menjadikan kawasan kediaman kita menjadi lebih kondusif utk didiami.
Alhamdulillah program tersebut mendapat sambutan dan lebih 40 keluarga hadir pada malam itu.
Acara dimulakan pada pukul 8 malam dimulai dengan majlis bacaan tahlil utk Arwah Abg Kassim dan juga utk mertua Ustaz Latif yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis lepas. Bacaan tahlil diketuai oleh Sdr Hassan Masrom pengerusi Surau Al-Hidayah.

Untuk memeriahkan lagi majlis pada hari itu antara acara2 sampingan ialah :
1. Pertandingan Pakaian Beragam utk anak2.
2. Pertandingan mencari 'Pasangan Bahagia'.
3. Anugerah pelajar cemerlang utk UPSR, PMR dan SPM.
4. Cabutan Bertuah.
Hadiah utk pelajar cemerlang merupakan berupa baucer pakaian sekolah Canggih bernilai RM 100 dan PA insuran RM10,000.. hadiah disumbangkan oleh Sdr Hashim dari KUB tekstil Sdn. Bhd.

Cabutan hadiah utk 'Bapa bertuah' pula merupakan pakej menginap di PD selama 3 hari 2 malam disumbangkan oleh Sdr. Zahri.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat yang diketuai oleh Penghulu ANggerik 1, Sdr Firdaus dan anak2 buah nya.
" Walaupun terpaksa berkorban utk tidak menonton final Piala FA antara Liverpool dan West HAm, saya amat berpuas hati dengan sambutan dan kerjasama yg diberikan oleh semua warga Anggerik 1" ujar beliau yang akhirnya dapat menonton dan celebrate kemenangan Liverpool setelah ada tambahan masa dan sepakan penalti.

No comments: