Wednesday, May 10, 2006

GOTONG ROYONG JALAN ANGGERIK 1

Saujana Utama- Pada 7/5/06 (Ahad), aktiviti gotong royong dijalankan atas insiatif penduduk Jalan Anggerik 1, SU1. Gotong royong ini menjadi acara tahunan utk memastikan keadaan longkang dan jalan lebih bersih dan menjadikan persekitaran jalan A1 lebih kondusif utk didiami.
Semasa ditemuramah oleh wartawan SU.com, penghulu Anggerik 1(A1) Sdr Firdaus berkata" Gotong royong ini dibuat sebagai langkah pencegahan awal memandangkan sudah ada beberapa kes demam denggi di sekitar SU, mungkin selepas ini penduduk di jalan Flora terutama di Jln Flora 2 boleh buat gotong royong pulak, memandangkan longkang ke A1 bersambung dari jalan Flora dan Dahlia" ujar Sdr. Firdaus yang masih sedih dengan kekalahan Skuad badminton negara di tangan Denmark. "Sepatutnya Malaysia menurunkan juga Chong Han walaupun injured dan mengekalkan Hafiz sebagai 3rd single " ujar beliau sambil menyodok sampah2 yg terlekat dalam longkang
[img]http://img217.imageshack.us/img217/2379/image3230vd.jpg[/img]Gotong royong bermula tepat pukul 8 pagi.[img]http://img50.imageshack.us/img50/6906/image3248fs.jpg[/img]Longkang2 sekeliling rumah juga turut dibersihkan..[img]http://img214.imageshack.us/img214/9978/image3283pj.jpg[/img]
Alhamdulillah gotong royong kali ini mendapat sambutan dan lebih 70% penduduk A1 yg terlibat. Sebahagian warga A1 yg terlibat berehat sambil berposing.
[img]http://img457.imageshack.us/img457/9789/image3300ut.jpg[/img]
Aktiviti gotong royong berakhir pada pukul 11 pagi dan acara makan2 di rumah penghulu.Acara terdekat oleh warga A1 ialah pada 13/5/06 (Ahad) Satu Majlis Tahlil utk Arwah Abg Kassim dan juga jamuan Makan dan hari ramah mesra A1 akan diadakan bermula 8.30pm.. Disamping aktiviti utk keluarga, tayangan big screen juga disediakan utk final Piala FA antara Liverpool dan ............aku lupa daa sapa masuk final.
Sekian dari wartawan kejiranan anda...SU.com, Anggerik 1.

No comments: