Wednesday, May 31, 2006

Hos Bidan Terjun.....



Jadi Hos bidan terjun utk VCD Saujana Menjerit 2....susah juga jadi hos ni....aaah aku buat jugaaa..asalkan mesej sampai kpd pihak berkenaan dan isu bau busuk najis ayam yg dipercayai dari Ladang Ternak AYAm berekatan itu selesai....


klik di sini utk tonton..
http://www.youtube.com/watch?v=h3nglANWPmQ

Tuesday, May 30, 2006

Bank Cap Kepala Rimau...



Bank Cap Kepala Rimau..

Kalau hujung dan awal bulan pak belang selalu hilang taring.....ramai pengikut beratur berjam2...tapi pak belang tak de mood dan selalu kena angkat enjin....

Kalau tengah bulan.. pak belang akan tunjuk taring....mengaum sana sini... sambil mengaum...
....Aumm..encik..duit kereta encik dah tertunggak 2 bulan...

....Aumm...encik...kad kredit encik bila nak buat payment...

....Aumm...encik..loan rumah encik dah lewat ni.....

Selesai mengaum....hujung bulan pak belang semput balik.....ramai terpaksa beratur kerana ....


.........."OUT OF SERVICE!"..........

Monday, May 29, 2006

Lawak kat TV

TV3...
Sekumpulan budak dari pelbagai backgroud main dgn skuad negara yang main pun tah ape2..
Yang berlatih bertahun2 pun main macam orang yang berlatih 3 bulan...
Tak nampak Myteam ni boleh meningkatkan lagi mutu bola sepak negara...tapi sudah tentunya memasyurkan KJ......

Astro RIA..Sekumpulan budak2 yang gila nak jadi glamour....lakonan pun bermula dgn skrip yang sama utk 3 siri lepas...
Sekali lagi MAxis akan dapt keuntungan dari undi SMS terutamanya dari umat Melayu tak kira tua ataupun muda..
Lepas ni malam Ahad sperti biasa ramai yang bertenggek depan TV utk mendengarkan konsert yang sumbang...sumbang dari pelabagai segi..baik suara....moral...dan titisan air mata yang tiada makna...ohh..bangsaku...

Sunday, May 28, 2006

Pasar Tani SU



Pergi Pasar Tani di SU...banyak2 barang/lauk yang aku suka sekali ialah ikan sungai...ikan puyu dan keli...balik goreng deep fried....pehhhh...makan cicah dengan budu cap ketereh (original)...
Harga nampak overallnya ok...cuma belum banyak peniaga lagi..mungkin baru dibuka...

Nasib Professional Bumiputra..



Inilah yang dikatakan delivery system yang gagal..Pemberhentian penggunaan Project MAnagemnet Company(PMC) ini hanya merugikan professinal Melayu...majoriti PMC dipunyai oleh bumiputra...
Yang bersalah disini ialah kaedah perlantikan...PMC dan Kontraktor yg dilantik utk melaksanakan projek2 yg gagal tersebut adalh tidak competent dan terdiri daripada kroni2 yang hanya menubuhkan syarikat secara ekspress utk mendapatkan projek...
Walaupun projek tak siap...kerajaan terpaksa membuat bayaran utk memastikan komisyen golongan2 tertentu itu dibayar....

Yang menanggung kerugian ialah rakyat bawahan yg tidak dapat menggunakan sekolah/bangunan tersebut dan kalu boleh guna pun...retak sana-sini....

Saturday, May 27, 2006

My Kids..



Walaupun masa banyak kerja atau pun tak dapat projek baru...bila balik rumah tengok telatah anak2 semuanya rasa lega dan hilang semua masalah.....cuma masa aku baya diorang dulu lagi aku tak fikir apa2...ingat nak main dan tengok TV aje...tapi aku tengok si Adam dan Yusuf tu..sampai pukul 12malam buat homework lagi....kadang2 tak fair jugak utk budak2 ni kecik2 dah pressure dgn kerja rumah..what to do...masa berubah....
...err..diorang pun tak lama lagi.may be September ni Insya'Allah akan dapat adik..sekarang ni ada 2 boy and 1 girl....hopefully si Aisyah dapat adik girl....aku nak bagi nama..Khadeejah....sempena nama isteri Nabi...tapi my wife ada cadangan nama lain...he..he..tapi anyway..aku yg akan buat registration birth cert...he..he..

Thursday, May 25, 2006

Our Office....

Phewww..its a very challenging and interesting week....ada 3 job tengah prepare utk submission and presentation....I try to wrap up the job before school hollidays... ditambah lagi tengah 'restucturing' our office to geared up for new incoming RMk9 project..hopefully ada rezeki...insya'Allah....

Anyway in our Bolehland....utk dapat project the concept is 'not you know how...but you know whom'...tapi rezeki tu ditangan Allah...I and my other partners start our office from scratch in 1999....when we start that time...we don't have any connection and potential clients...tapi masa tu kita tak berharap lagi pada makhluk...tiada lagi boss utk bayar gaji...tiada kawan utk membantu...masa tu le aku dapat rasakan betapa rapatnya hubungan kami dengan yang Esa......

The concept its...get youself busy....jangan berpeluk tubuh...insya'Allah...pintu rezeki akan terbuka....rezeki utk dikongsi bersama...semua orang ada rezeki masing2,,,setengahnya maybe melalui our staff atau rezeki anak2 mereka....we proud to look our staff growth with us...dulu bujang...sekarang ni dah kahwin dan beranak pinak....semoga rezeki yg Allah beri dapat kami berkongsi bersama....waima masa susah apalagi di waktu senang...hopefully our office mendapat Rahmat dan Keberkatan dari Allah....

Wednesday, May 17, 2006

SELAMAT HARI GURU

Aku tengok vision HM kat both school IN Saujana Utama ni nampak very good and very forward looking.....tapi mungkin excell dalam akademik aje...mungkin dalam bab utk sport excellence ini mungkin kurang diberi tekanan. Secara overall pun most of the complaints is on how to organize/send the school team for tournament etc..we are not talking about winning the tournament but these is a basic task... how to send school team for sport tournament....

I think thats are few reason for lack of excellence in sport in SMKSU/SKSU :

1. Majoriti gurunya adalah perempuan...tak de cikgu yang betul2 passion to train the student.

2. PIBG/Parents not encourage the school to excellence in sports...its exam oriented school..everyone want their kids just excell in the exam..

3. Their Head MAster AND HeadMistress.... may be not interested in sports..

4. PIBG supposed to lantik volunteer dari kalangan penduduk SU...utk train their student,,,..ramai di kalangan penduduk yg aku kenal dari boarding school spt from V.I, SDAR, MCKK etc yg excellent dalam sukan...beside training we should give 'brain' for the student.....boleh melantik sukarela sukan utk train budak2 tu...insya' Allah..ramai yg sanggup..

5. Lack of sport facilities.....yg ni perlu minta peruntukan dari JPS atau PIBG boleh dahulukan...

Apa yg perlu kita ingat...sekolah yang hebat...perlu excellent in both..ACADEMIC AND SPORTS

Ini cuma my personal opinion...i know...bahu...berat pikul bahu...ish..lupa le..berat pikul...AAAA dah ingat...BERAT MATA MEMANDANG..BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...betul tak cikgu..

Hopefully warga pendidik SMKSU/sksu yg baca forum ini tidak terasa hati dengan pendapat saya di atas....( I don't think they will read these forum...they not even have the internet line in their school...he..he..)

........SELAMAT HARI GURU...2006...

Sunday, May 14, 2006

FA CUP FINAL

Free Image Hosting at ImageShack.us
Lepas siap berkemas utk malam anggerik 1..terus ke kedai Bakar tengok fa cup final...happening betul...ramai betul that night....utk game anti climax ni Liverpool menang penalti je....penalti tu sama macam toss coin le..harap nasib je....he..he..

sorang tu pakai baju arsenal tapi sokong westham...

MURAL and STAGE FOR LIBRARY @ SKSU.

Free Image Hosting at ImageShack.us
Finally the mural for PSS (Pusat Sumber Sekolah) at SKSU is completed. Its take 1 and half days to complete the mural..Although my kids will only be in thats school by next year...its part of my contribution to the school..Antara geng2 skuad mural dan pentas..Roin, LAnz, Berlingo, Lan Sungai, abg raja, Isa etc...they are the same group which is involve in any event...samada di surau atau utk persatuan,,..
mungkin lepas ni boleh ramaikan lagi geng2 dari SU2/Pristana utk kerja2 volunteer ini...

SAJAK UNTUK IBUKU..

DOKTOR ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU BAGAIKAN SEORANG DOKTOR,
MENJAGA AKU TATKALA AKU SEMASA SIHAT DAN SEMASA SAKIT.

PENYANYI ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG PENYANYI,
MENDODOIKAN LAGU MERDU SEMASA MENIDURKAN AKU..

GURU ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG GURU,
ILMUNYA MENDIDIK AKU MENJADI SEORANG INSAN..

USAHAWAN ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG USAHAWAN,
MENJADI TELADAN KEPADAKU SUPAYA BERUSAHA..

ARKITEK ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG ARKITEK,
MERANCANGKAN KEHIDUPAN BAHAGIA KAMI SEKELUARGA.

PENYANYI, DOKTOR, GURU, USAHAWAN ATAUPUN ARKITEK,
BUKAN TANDINGAN UNTUK MU WAHAI IBUKU....
KAU LAH SEGALANYA BAGIKU...

SELAMAT HARI IBU..


UNTUK IBUNDA TERCINTA, HAJJAH ESHAH HARUN....

...DARI ANAK MU...KUDIN (ABE)

JUGA UTK MY LOVELY WIFE..SELAMAT HARI IBU...

MALAM RAMAH MESRA ANGGERIK 1

Free Image Hosting at ImageShack.us
Ini acara pakain beragam utk anak2..aku tak de idea..last2 aku suruh diorang jadi INcredible je...he.he..

MALAM RAMAH MESRA ANGGERIK 1..

Saujana Utama, 13/Mei/06, Warga Jalan Anggerik 1 telah mengadakan Malam Ramah Mesra 2006. Acara ini adalah kali kedua diadakan, tujuan utama program ini ialah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk. Kami percaya, kejiranan yang muafakat akan menjadikan kawasan kediaman kita menjadi lebih kondusif utk didiami.
Alhamdulillah program tersebut mendapat sambutan dan lebih 40 keluarga hadir pada malam itu.
Acara dimulakan pada pukul 8 malam dimulai dengan majlis bacaan tahlil utk Arwah Abg Kassim dan juga utk mertua Ustaz Latif yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis lepas. Bacaan tahlil diketuai oleh Sdr Hassan Masrom pengerusi Surau Al-Hidayah.

Untuk memeriahkan lagi majlis pada hari itu antara acara2 sampingan ialah :
1. Pertandingan Pakaian Beragam utk anak2.
2. Pertandingan mencari 'Pasangan Bahagia'.
3. Anugerah pelajar cemerlang utk UPSR, PMR dan SPM.
4. Cabutan Bertuah.
Hadiah utk pelajar cemerlang merupakan berupa baucer pakaian sekolah Canggih bernilai RM 100 dan PA insuran RM10,000.. hadiah disumbangkan oleh Sdr Hashim dari KUB tekstil Sdn. Bhd.

Cabutan hadiah utk 'Bapa bertuah' pula merupakan pakej menginap di PD selama 3 hari 2 malam disumbangkan oleh Sdr. Zahri.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat yang diketuai oleh Penghulu ANggerik 1, Sdr Firdaus dan anak2 buah nya.
" Walaupun terpaksa berkorban utk tidak menonton final Piala FA antara Liverpool dan West HAm, saya amat berpuas hati dengan sambutan dan kerjasama yg diberikan oleh semua warga Anggerik 1" ujar beliau yang akhirnya dapat menonton dan celebrate kemenangan Liverpool setelah ada tambahan masa dan sepakan penalti.

Friday, May 12, 2006

JASIN MP

http://img45.imageshack.us/img45/1614/said1wj.jpg
Nation Thursday May 11, 2006
Jasin MP admits that firm in Customs timber saga is his
KUALA LUMPUR: Jasin MP Datuk Mohd Said Yusof has admitted that he is the sole proprietor of a company involved in a recent case where the Malacca Customs was asked to “close one eye” over an illegal import of sawn timber from Indonesia.
He said he had apologised to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi over the matter, after a briefing for Umno division leaders at the Putra World Trade Centre here on Tuesday.

Mohd Said: ‘I’m allowed to do business. Why can’t MPs do business?’“I met him, I shook hands with him and said 'I minta maaf kalau I buat salah',” he told reporters at the Parliament lobby yesterday.
He, however, declined to reveal Abdullah's reaction.
The controversy was sparked by a newspaper report that an MP attempted to interfere with the work of the Customs department, which had seized a consignment of sawn timber. The consignment was seized because it had exceeded the limit allowed by the Malaysian Timber Council.
Mohd Said admitted that he was the sole proprietor of Binyu Sof Enterprise, the company involved in the controversy. He said he had been in the business for the past 10 years and his agency operated at the Sungai Rambai and Kuala Linggi barter trade ports.
“I am only interested in the ports because I own a forwarding agency,” he said.
“I’m allowed to do business. Why can’t MPs do business?”
He said there were three other agencies at Sungai Rambai and seven agencies at Kuala Linggi, including the one operated by him.
Parti Keadilan Rakyat president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said MPs would avoid accountability if errant members were not referred for disciplinary action.
Asked about the latest developments in the controversy, Customs director-general Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid said: “I don’t know anything about it.”

Ini lah MP yang sama menimbulkan isu :

1. Memarahi cikgu yang memaksa anak perempuannya memakai tudong sebagai uniform sekolah..

2. Tidak puas hati dengan guru2 sekolah yang selalu minta budget/sumbangan utk membina surau di sekolah2...

Saya pun pelik dengan mentaliti MP Jaasin ini....ataupun ini konsep Islam Hadhari yg digembar gemburkan...
Tidakkkah memakai tudung itu menjadi kewajipan utk semua wanita muslim dan membina surau itu dapat memudahkan murid2 sekolah utk beribadat dan menjalankan aktiviti keaagamaan..

Thursday, May 11, 2006

MUST READ BOOK - HALAL HARAM

Tajuk Buku : Halal Haram
Penerbit : Consumer Association of Penang (CAP)
Tahun publish : 2006 Harga (RM 17.00)- MPH atau any bookstore...
Kata2 Aluan : Ust Harussani (Mufti Perak)
Sinopsis :
Patut dimiliki oleh semua indidvidu/isi rumah...buku in membincangkan mengenai barang keperluan asas terutama makanan dan bahan2 asas lain utk kegunaan kita.

Terutamanya mengenai additive ataupun bahan tambahan yg digunakan didalam makanan terutamanya spt lemak binatang, part of human body etc...yang diharamkan didalam ISlam.
Buku ini bagus utk dijadikan guideline utk semua individu muslim..utk memastikan apa yg kita dan anak kita makan adalah halal dan mengikut tuntutan Islam.Apatah lagi banyak keraguan pada logo halal yang palsu dan bangsa2 lain juga tidak peka dengan dengan sentimen ini...
Antara shocking finding dalam buku :
1. penggunaan lemak babi (lard) utk kebanyakan hasil tenusu terutamanya susu formula utk anak2 kita..terutamanya susu yg dimport terus dari luar negeri.
2. Penggunaan extrak rambut manusia dalam roti..(penggunaan sebahgian dari badan manusia adalah haram)
3. Penggunaan Gelatin....kebanyakkan gelatin yg digunakan adalah dari khinzir/haiwan yg tak disembelih mengikut ISlam..
...dan banyak lagi..termasukla haram utk org Islam utk makan/minum/ menghisap benda2 yg boleh merosakkan tubuh badan..err...contohnya rokok..
So saya syorkan adik kakok semua baca buku ini...utk memastikan apa yang kita dan keluarga kita makan adalah halal dan toyyibah..

Wednesday, May 10, 2006

GOTONG ROYONG JALAN ANGGERIK 1

Saujana Utama- Pada 7/5/06 (Ahad), aktiviti gotong royong dijalankan atas insiatif penduduk Jalan Anggerik 1, SU1. Gotong royong ini menjadi acara tahunan utk memastikan keadaan longkang dan jalan lebih bersih dan menjadikan persekitaran jalan A1 lebih kondusif utk didiami.
Semasa ditemuramah oleh wartawan SU.com, penghulu Anggerik 1(A1) Sdr Firdaus berkata" Gotong royong ini dibuat sebagai langkah pencegahan awal memandangkan sudah ada beberapa kes demam denggi di sekitar SU, mungkin selepas ini penduduk di jalan Flora terutama di Jln Flora 2 boleh buat gotong royong pulak, memandangkan longkang ke A1 bersambung dari jalan Flora dan Dahlia" ujar Sdr. Firdaus yang masih sedih dengan kekalahan Skuad badminton negara di tangan Denmark. "Sepatutnya Malaysia menurunkan juga Chong Han walaupun injured dan mengekalkan Hafiz sebagai 3rd single " ujar beliau sambil menyodok sampah2 yg terlekat dalam longkang
[img]http://img217.imageshack.us/img217/2379/image3230vd.jpg[/img]Gotong royong bermula tepat pukul 8 pagi.[img]http://img50.imageshack.us/img50/6906/image3248fs.jpg[/img]Longkang2 sekeliling rumah juga turut dibersihkan..[img]http://img214.imageshack.us/img214/9978/image3283pj.jpg[/img]
Alhamdulillah gotong royong kali ini mendapat sambutan dan lebih 70% penduduk A1 yg terlibat. Sebahagian warga A1 yg terlibat berehat sambil berposing.
[img]http://img457.imageshack.us/img457/9789/image3300ut.jpg[/img]
Aktiviti gotong royong berakhir pada pukul 11 pagi dan acara makan2 di rumah penghulu.Acara terdekat oleh warga A1 ialah pada 13/5/06 (Ahad) Satu Majlis Tahlil utk Arwah Abg Kassim dan juga jamuan Makan dan hari ramah mesra A1 akan diadakan bermula 8.30pm.. Disamping aktiviti utk keluarga, tayangan big screen juga disediakan utk final Piala FA antara Liverpool dan ............aku lupa daa sapa masuk final.
Sekian dari wartawan kejiranan anda...SU.com, Anggerik 1.