Saturday, December 09, 2006

..abah aku pernah dipanggil cikgu kelas aku masa aku tingkatan 2 (kelas khas)....setahu aku masa tu aku tak de pulak buat salah.....

....selepas setengah jam abah jumpa Cikgu (aku lupa nama Cikgu Cina ni..)aku pulak dipanggil masuk..

" Mu ni nak belajar ko nak melukih..?" tanya abah..sambil menunjukkan buku nota dan buku kerja aku yang penuh dengan lukisan kartun Batman dan Captain Future.....

...000..cikgu tu report kat abah aku aku selalu menconteng buku nota dan buku kerja sekolah....

...sebenarnya abah aku tak marah pun kat aku....masa on the way balik sekolah kami singgah tempah meja utk melukis (draughting table)....aku makin bersemangat utk melukis dan karya kartun aku yg pertama tersiar di majalah Gelihati ..keluaran oktober 1987...

..dari ting 3-5 kartun aku banyak tersiar di majalah Gelihati, Humor, batu api dan juga Harian Timur (berita harian)..dapat le duit poket masa tu RM50-200 sebulan..

....masa sambung belajar aku dah pencen sampai le sekarang....rupanya 3 tahun je aku melukis kartun...

...meja yang abah aku beli(tempah) masih ada sampai sekarang.....

No comments: