DOKTOR ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU BAGAIKAN SEORANG DOKTOR,
MENJAGA AKU TATKALA AKU SEMASA SIHAT DAN SEMASA SAKIT.
PENYANYI ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG PENYANYI,
MENDODOIKAN LAGU MERDU SEMASA MENIDURKAN AKU..
GURU ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG GURU,
ILMUNYA MENDIDIK AKU MENJADI SEORANG INSAN..
USAHAWAN ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG USAHAWAN,
MENJADI TELADAN KEPADAKU SUPAYA BERUSAHA..
ARKITEK ITU TAK SEMESTINYA SEORANG IBU,
SEMESTINYA IBUKU SEORANG ARKITEK,
MERANCANGKAN KEHIDUPAN BAHAGIA KAMI SEKELUARGA.
PENYANYI, DOKTOR, GURU, USAHAWAN ATAUPUN ARKITEK,
BUKAN TANDINGAN UNTUK MU WAHAI IBUKU....
KAU LAH SEGALANYA BAGIKU...
SELAMAT HARI IBU..
UNTUK IBUNDA TERCINTA, HAJJAH ESHAH HARUN....
...DARI ANAK MU...KUDIN (ABE)
JUGA UTK MY LOVELY WIFE..SELAMAT HARI IBU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment