Thursday, April 17, 2008

New Dawn for KIDAS.....

gambar ehsan :hamas

...21hb Apr,08....detik yg ditunggu oleh anak2 KIDAS utk menggunakan kelas2 yg lebih selesa di bangunan baru KIDAS....sudah tiba masanya pengurusan dan tenaga pengajar KIDAS memberi tumpuan sepenuhnya dalam menjadikan KIDAS sebuah institusi yg diberi harapan utk memberikan pelajaran dan ilmu yg terbaik kepada anak2 kita....

Tuesday, April 15, 2008

'New look'

My new watching area...next to indoor landscape...my favourite space....melihat bulan purnama di malam hari...
my living foyer....welcoming area....

PRU 12..Saujana Utama..

Antara kawan2 yg mengundi pada hari itu..

Me and my wife....
Ramai yg beratur utk menunaikan tanggung jawab..


Saya dan isteri mengundi seawal 9 pagi pada hari itu....lepas tu terus balik ke rumah utk berkemas utk berlepas ke Beijing sekeluarga utk ofis trip kami.....Banyak dapat SMS result PRU masa transit kat Bangkok dalam pukul 10 mlm.....

Semua Orang nak tulis BLOG..

Mantan MB, Mantan Menteri dan Mantan YB

Sejak Tsunami Politik 8 Mac lalu.....ramai yg baru sedar kuasa yg ada pada blog dan laman web....sampai boleh menyumbang kepada tsunami politik......lepas tu ramai pulak ahli2 politik yg nak jadi Bloggger..termasuk le mantan MB Selangor dan CM Melaka......

....ramai yang nak ada blog sendiri...tapi tak semuanya rajin update...hahahaa.

Monday, April 30, 2007

Project Presentation-1

Briefing session with the press.

YAM Sultan Selangor sharing some ideas with us.

Declaration of the project by YAM Sultan Selangor. 23/4/07. The project located at Shah Alam. Hope to be part of the skyline of the city.

Monday, December 18, 2006

TAK NAK !

..Masa aku masuk sekolah menengah ...Abah aku bagi pesanan /amaran :

"Kalau kamu pakai duit belanja yang aku bagi utk beli rokok..aku tak halal dunia akhirat....kalau kamu doh kerja...nak isap 10 kotak sehari pun ikut mu lahhh...!!"

...Hasilnya sampai sekarang aku tak hisap rokok...mungkin pesanan yg sama aku akan ulang kat anak2 aku kelak...harap2 menjadi....

p/s : sebenarnya ...err..aku ada curi2 isap jugak...tapi pau member2 punya rokok..bukan beli pakai duit yg abah aku bagi...

Saturday, December 09, 2006

Masa Dulu2...Melukis(2)

..abah aku pernah dipanggil cikgu kelas aku masa aku tingkatan 2 (kelas khas)....setahu aku masa tu aku tak de pulak buat salah.....

....selepas setengah jam abah jumpa Cikgu (aku lupa nama Cikgu Cina ni..)aku pulak dipanggil masuk..

" Mu ni nak belajar ko nak melukih..?" tanya abah..sambil menunjukkan buku nota dan buku kerja aku yang penuh dengan lukisan kartun Batman dan Captain Future.....

...000..cikgu tu report kat abah aku aku selalu menconteng buku nota dan buku kerja sekolah....

...sebenarnya abah aku tak marah pun kat aku....masa on the way balik sekolah kami singgah tempah meja utk melukis (draughting table)....aku makin bersemangat utk melukis dan karya kartun aku yg pertama tersiar di majalah Gelihati ..keluaran oktober 1987...

..dari ting 3-5 kartun aku banyak tersiar di majalah Gelihati, Humor, batu api dan juga Harian Timur (berita harian)..dapat le duit poket masa tu RM50-200 sebulan..

....masa sambung belajar aku dah pencen sampai le sekarang....rupanya 3 tahun je aku melukis kartun...

...meja yang abah aku beli(tempah) masih ada sampai sekarang.....
..abah aku pernah dipanggil cikgu kelas aku masa aku tingkatan 2 (kelas khas)....setahu aku masa tu aku tak de pulak buat salah.....

....selepas setengah jam abah jumpa Cikgu (aku lupa nama Cikgu Cina ni..)aku pulak dipanggil masuk..

" Mu ni nak belajar ko nak melukih..?" tanya abah..sambil menunjukkan buku nota dan buku kerja aku yang penuh dengan lukisan kartun Batman dan Captain Future.....

...000..cikgu tu report kat abah aku aku selalu menconteng buku nota dan buku kerja sekolah....

...sebenarnya abah aku tak marah pun kat aku....masa on the way balik sekolah kami singgah tempah meja utk melukis (draughting table)....aku makin bersemangat utk melukis dan karya kartun aku yg pertama tersiar di majalah Gelihati ..keluaran oktober 1987...

..dari ting 3-5 kartun aku banyak tersiar di majalah Gelihati, Humor, batu api dan juga Harian Timur (berita harian)..dapat le duit poket masa tu RM50-200 sebulan..

....masa sambung belajar aku dah pencen sampai le sekarang....rupanya 3 tahun je aku melukis kartun...

...meja yang abah aku beli(tempah) masih ada sampai sekarang.....

Masa Dulu2...Berkhatan(1)

Masa program berkhatan beramai2 kat surau Al-Hidayah, teringat pula masa aku berkahatan 22 tahun dulu.....

....Jenuh abah aku memujuk sebelum aku bersetuju masuk sunat....seingat aku abah aku pujuk aku utk bersunat dgn janji utk beli remote control car dan walkman....

...akhirnya aku disunatkan kat klinik...Dr Shafie.(masih ada sampai sekarang)...masa dalam pantang aku banyak dengar lagu dato' Shake pakai walkman baru...

....sampai sekarang kalau dengar lagu Oh Rambulan dan Ummi oleh dato' Shake , aku ingat masa dalam pantang masa bersunat......masa tu pula musim tengkujuh dan hujan sepanjang hari...

Saturday, November 25, 2006

Salam Aidilfitri..



IKHLAS DARI KAMI :

MOHD. FAKARUDDIN ISMAIL, NORAZNIN TASMUJI,
MUHD ADAM, MUHD YUSUF & NURAISYAH

SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR

Wednesday, November 01, 2006

Syukur..Alhamdulillah..



Tepat pukul 10 pagi..30/10/06.Isnin..my wife dah selamat bersalin (anak ke empat) kat Putra Med Centre, Sungai Buloh...seperti jangkaan we all dapat baby girl (2.9kg)..kedua2 sihat alhamdulillah...

Friday, October 20, 2006

Dah Nak Raya..

Tahun ni nampaknya beraya di SU je...my wife due date on 25thOkt....First time ever in my life tak beraya Aidilfitri kat Sungai Durian, KUala Krai....tak pe semoga my wife dan anak yang dilahirkan dgn selamat...Ingat nak letak nama Khadijah le ...

Friday, October 13, 2006

Belum Ada Rezeki...


Sepanjang 10 tahun berkecimpung dlm bidang ni...yang belum kesampaian ialah utk buat projek kat kampung sendiri(Kelantan)....Dah banyak kali cuba buat proposal sejak dulu lagi..tapi satu pun belum menjadi....latest proposal ialah upgrade stesen2 keretapi di sana....

....tapi nampaknya belum ada rezeki lagi...ataupun dah memang tertulis, rezeki aku kebanyakan di luar dari negeri ku sendiri....Wallahuallam..

Tuesday, October 10, 2006

Take a Break.!!....RMk9....lagi...


Antara proposal yang kita buat masa 1-2 bulan lepas....Proposal ni kat Melaka....sebenarnya dah lebih 10 proposal yg pernah kita buat kat Melaka,,,,...satu pun tak sangkut....one of our prrevious proposal selected for presentation to CM....tak sangkut jugak....belum ada rezeki kot...

tapi aku percaya pada rezeki dari Tuhan....kerja kita hanya berusaha...selebihnya terserah kepadaNya..

Sunday, August 06, 2006

Masa aku budak-budak -(Permainan Tradisi- Wau)

Layang2 atau wau ni memang aku minat gila2, aku punya passion utk main layang2 sejak zaman budak2 lagi...

1. Zaman kanak2 :- memang aku minat dari masa aku tadika lagi..kat kampung aku pun ramai yg main wau ni...masa darjah 2..masa kat kedai bapak aku..ada wau yang terputus tali dari kampung berdekatan jatuh betul2 depan kedai bapak aku..aku ambik wau tersebut....dan itu lah first time aku modified wau tu dari wau kucing jadi wau daun, tak nak bagi tuan asal dia kenal. Semenjak itu aku jadi terer buat wau sendiri dan wau yang paling besar aku buat ialah sepanjang kereta toyota GL bapak aku..Masa musim main wau aku ada wau bulan yang amat besar dab berbunyi(baung),,.masa sekolah petang biasanya aku akan naikkan wau pada waktu pagi..dan wau itu diturunkan bila balik sekolah..sometime aku tinggal wau bulan tu overnight...

2. Masa kat kampus...aku and my geng anjur Pesta wau kat ITM S alam..Tapi wau mesti berbentuk 3d...ini utk menguji kreativiti student2 kat ITM...banyak school yg masuk masa tu..dari School Of architecture, art & design dan 4-5 school yang hantar wakil....sempat 2 kali pertandingan je..lepas tu dah tak de..sekarang ni aku tak sure...tapi budak2 sekarang tak suka main2 wau lagi....

sekarang dah tak de masa lagi...but I'm really hate new type of kite which is imported from China..tak ada seni...

p/s : dulu masa aku kecik kulit aku putih...bahana terlalu minat main wau tengah panas..tu jadi tak berapa putih ..

Wednesday, August 02, 2006

Ceramah Israk Mikraj @ Al-Hidayah S.U.


Hari tu dah beli album Sdr. Akil Hayy..Nasyid Klasik. Mula2 aku beli CD...bila nak pasang rupanya CD changer aku dah kong...lepas tu aku beli kaset...terlupa pulak kereta aku tak de kaset player....untuk dengar kaset tersebut aku terpaksa drive my Vitara pegi kerja....boleh dengar on the way to my office....kalau nak harapkan KLFM, Sinar FM dan tah apa2 FM lagi jangan harap le...

BLOGGERS BEWARE..!!!

Nation Wednesday August 2, 2006
PM: Those who spread untruths on the Net will be detained
By IAN MCINTYRE
ianm@thestar.com.my
KUALA TERENGGANU: The Prime Minister has issued a warning – those who spread untruths and slander on the Internet will face the law.
If information in blogs, websites and online portals were incorrect, bordered on slander, caused disturbance or compelled the public to lose faith in the nation’s economic policies, their authors would be detained for investigation, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“We cannot allow such matters to flow through uncontrolled,” he told newsmen after attending a briefing on the proposed Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man here.

Nampaknya lepas ni....sapa2 nak post any story kat blog kena hati2 sikit....make sure your source of news sebelum kita post....if not..tak fasal2 our blog/website kena ban........lagi worst kalau kena masuk dalam...hahahahaha..

Contoh cerita yang digalakkan utk blog..(gerenti tak 'tipu') :

1. Ya kita memang setuju dengan kenaikan harga minyak...kalau naik lagi pun saya setuju...lebih banyakle sumbangan saya kepada tabung kerajaan..
2. Ya..kita sokong pindaan akta 11/c....baru le ada kebebasan agama..baru le Malaysia aman damai..
3. Ya..kita setuju tarif air naik...baru le kita boleh berjimat....
4. Ya...saya setuju ECM Libra menjadi penasihat kewangan negara..baru le ekonomi kita pesat ..
5. Ya..saya sokong ISA diteruskan....kalau tak kacau bilau kita..
6. Ya..saya sokong batal jambatan bengkok...baik buat 2nd link ke Pulau Pinang..lagi baguih no....


Ini le cerita2 benar yang kita expect akan dipostkan oleh bloggers semua......

Thursday, July 27, 2006

Kacukan......
















Kambing Kacukan...Jerman Malaysia (Jermasia) , menjadi pilihan utk baka ternakan kerana lebih banyak dan bermutu dagingnya...
















Ini orkid kacukan (lupa nama dia)...mempunyai nilai yg lebih tinggi dan ada mencecah ribuan ringgit...


...seperti juga manusia...insan2 kacukan (terutama wanita) biasanya comel2 belaka..dan mengikut kajian anak hasil campuran genetik akan jadi lebih bijak...sebab tu dalam Islam kita tak digalakkan berkahwin dgn sepupu dan sedara mara terdekat...

p/s : semoga anak2 aku juga jadi orang2 yg bijak pandai..(walaupun hanya kacukan Kelantan dan JAwa je...) - 'JAKEL' (jAWA KELANTAN)......

Monday, July 24, 2006

RMk9.....


Pak Lah : Haa..kudin....hang dah dapat projek RMk9 ke..???

Aku : Belum ada yg confirm lagi dato' seri.....kitorang dah daftar dgn kewangan 6 tahun lepas...belum pernah dapat direct appointmnet...

Pak LAh : Ni dah banyak list of project kat paper tu..hang tak follow up ke...???

Aku : Dah follow up dato' seri.....tapi dia kata akan lantik ikut turn....diorang cakap akan dilantik secara telus....telus macam mana dato' seri....

Pak Lah : AAaaA.. betul tu hang tunggu je....sikit lagi nama hang mesti naik punya....

AKu : oooo..kena tunggu ikut turn lagi le yea.........tak dapat projek kecik dapat projek besar pun ok le dato' seri.....hello...hello dato' seri...........................helllloooooooooo......

' Bang, bangun bang........ngigau jadi Dato' K ke jadi KJ...???????''

............................mimpi RMk9 lagi aku..........."tanda2 nak dapat projek kot..????"

Thursday, July 13, 2006

Perkara Aneh & Pelik di Pameran Hantu di Shah Alam..



Antara perkara Aneh & Pelik masa Pameran Hantu....

1. Yang paling berminat nak tengok hantu ni majoritinya orang Melayu kita....tak nampak pula kaum Tionghua dan India..

2. Walaupun Selangor dah diisytihar negeri MAju...pihak Muzium lebih berminat utk pamer pasal cerita hantu & tahyul berbanding mengenai ilmu2 dan teknologi ataupun ketamadunan sesuatu bangsa..

3. Ramai couple2 yg bukan Muhrim ambik kesempatan utk berpeluk2 kat dalam muzium yg gelap gulita..kununnya takut.......Padahal diorang yg lebih hantu berbanding hantu yg dipamerkan..

4. Orang ramai sanggup beratur ditengah2 panas dan sanggup pula bayar tiket utk jumpa hantu....
.............Tapi utk menghadap Allah kat masjid/surau yang ada aircond dan tidak berbayar tak ramai pula orang yang datang.........