Saturday, December 09, 2006

Masa Dulu2...Melukis(2)

..abah aku pernah dipanggil cikgu kelas aku masa aku tingkatan 2 (kelas khas)....setahu aku masa tu aku tak de pulak buat salah.....

....selepas setengah jam abah jumpa Cikgu (aku lupa nama Cikgu Cina ni..)aku pulak dipanggil masuk..

" Mu ni nak belajar ko nak melukih..?" tanya abah..sambil menunjukkan buku nota dan buku kerja aku yang penuh dengan lukisan kartun Batman dan Captain Future.....

...000..cikgu tu report kat abah aku aku selalu menconteng buku nota dan buku kerja sekolah....

...sebenarnya abah aku tak marah pun kat aku....masa on the way balik sekolah kami singgah tempah meja utk melukis (draughting table)....aku makin bersemangat utk melukis dan karya kartun aku yg pertama tersiar di majalah Gelihati ..keluaran oktober 1987...

..dari ting 3-5 kartun aku banyak tersiar di majalah Gelihati, Humor, batu api dan juga Harian Timur (berita harian)..dapat le duit poket masa tu RM50-200 sebulan..

....masa sambung belajar aku dah pencen sampai le sekarang....rupanya 3 tahun je aku melukis kartun...

...meja yang abah aku beli(tempah) masih ada sampai sekarang.....

4 comments:

hassan1663 said...

oooo .. hebat juga siap boleh keluar kat majallah ... rasanya 'sentuhan' tu masih ada dan boleh terus berkarya selain daripada untuk Suara Al-Hidayah.

Anonymous said...

Melukis ni memang anugerah Nya. Tapi kalau nak ajar pandai melukis camner yer.

Anonymous said...

Memang dasat KUDIN. Tahniah lah. Aku rasa apa yg kau belajar kat IPT dan apa kerja kau buat pun ada kena mengena dengan minat asas kau... melukis

myberlingobox said...

gua respek lah sama lu, memang jadi lumrah orang yang minat melukis ni sejak dari kecik lagi dah memang seronok melukis.....walaubagaimanapun kau carik makan pun dengan melukis-tak sia-sia....nanti kalau aku dah kaya nanti, mungkin aku panggil kau untuk design rumah aku nanti yer