Friday, October 20, 2006
Dah Nak Raya..
Tahun ni nampaknya beraya di SU je...my wife due date on 25thOkt....First time ever in my life tak beraya Aidilfitri kat Sungai Durian, KUala Krai....tak pe semoga my wife dan anak yang dilahirkan dgn selamat...Ingat nak letak nama Khadijah le ...
Friday, October 13, 2006
Belum Ada Rezeki...

Sepanjang 10 tahun berkecimpung dlm bidang ni...yang belum kesampaian ialah utk buat projek kat kampung sendiri(Kelantan)....Dah banyak kali cuba buat proposal sejak dulu lagi..tapi satu pun belum menjadi....latest proposal ialah upgrade stesen2 keretapi di sana....
....tapi nampaknya belum ada rezeki lagi...ataupun dah memang tertulis, rezeki aku kebanyakan di luar dari negeri ku sendiri....Wallahuallam..
Tuesday, October 10, 2006
Take a Break.!!....RMk9....lagi...

Antara proposal yang kita buat masa 1-2 bulan lepas....Proposal ni kat Melaka....sebenarnya dah lebih 10 proposal yg pernah kita buat kat Melaka,,,,...satu pun tak sangkut....one of our prrevious proposal selected for presentation to CM....tak sangkut jugak....belum ada rezeki kot...tapi aku percaya pada rezeki dari Tuhan....kerja kita hanya berusaha...selebihnya terserah kepadaNya..
Sunday, August 06, 2006
Masa aku budak-budak -(Permainan Tradisi- Wau)
Layang2 atau wau ni memang aku minat gila2, aku punya passion utk main layang2 sejak zaman budak2 lagi...
1. Zaman kanak2 :- memang aku minat dari masa aku tadika lagi..kat kampung aku pun ramai yg main wau ni...masa darjah 2..masa kat kedai bapak aku..ada wau yang terputus tali dari kampung berdekatan jatuh betul2 depan kedai bapak aku..aku ambik wau tersebut....dan itu lah first time aku modified wau tu dari wau kucing jadi wau daun, tak nak bagi tuan asal dia kenal. Semenjak itu aku jadi terer buat wau sendiri dan wau yang paling besar aku buat ialah sepanjang kereta toyota GL bapak aku..Masa musim main wau aku ada wau bulan yang amat besar dab berbunyi(baung),,.masa sekolah petang biasanya aku akan naikkan wau pada waktu pagi..dan wau itu diturunkan bila balik sekolah..sometime aku tinggal wau bulan tu overnight...
2. Masa kat kampus...aku and my geng anjur Pesta wau kat ITM S alam..Tapi wau mesti berbentuk 3d...ini utk menguji kreativiti student2 kat ITM...banyak school yg masuk masa tu..dari School Of architecture, art & design dan 4-5 school yang hantar wakil....sempat 2 kali pertandingan je..lepas tu dah tak de..sekarang ni aku tak sure...tapi budak2 sekarang tak suka main2 wau lagi....
sekarang dah tak de masa lagi...but I'm really hate new type of kite which is imported from China..tak ada seni...
p/s : dulu masa aku kecik kulit aku putih...bahana terlalu minat main wau tengah panas..tu jadi tak berapa putih ..

Wednesday, August 02, 2006
Ceramah Israk Mikraj @ Al-Hidayah S.U.

Hari tu dah beli album Sdr. Akil Hayy..Nasyid Klasik. Mula2 aku beli CD...bila nak pasang rupanya CD changer aku dah kong...lepas tu aku beli kaset...terlupa pulak kereta aku tak de kaset player....untuk dengar kaset tersebut aku terpaksa drive my Vitara pegi kerja....boleh dengar on the way to my office....kalau nak harapkan KLFM, Sinar FM dan tah apa2 FM lagi jangan harap le...
BLOGGERS BEWARE..!!!
Nation Wednesday August 2, 2006
PM: Those who spread untruths on the Net will be detained
By IAN MCINTYRE
ianm@thestar.com.my
KUALA TERENGGANU: The Prime Minister has issued a warning – those who spread untruths and slander on the Internet will face the law.
If information in blogs, websites and online portals were incorrect, bordered on slander, caused disturbance or compelled the public to lose faith in the nation’s economic policies, their authors would be detained for investigation, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“We cannot allow such matters to flow through uncontrolled,” he told newsmen after attending a briefing on the proposed Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man here.
Nampaknya lepas ni....sapa2 nak post any story kat blog kena hati2 sikit....make sure your source of news sebelum kita post....if not..tak fasal2 our blog/website kena ban........lagi worst kalau kena masuk dalam...hahahahaha..
Contoh cerita yang digalakkan utk blog..(gerenti tak 'tipu') :
1. Ya kita memang setuju dengan kenaikan harga minyak...kalau naik lagi pun saya setuju...lebih banyakle sumbangan saya kepada tabung kerajaan..
2. Ya..kita sokong pindaan akta 11/c....baru le ada kebebasan agama..baru le Malaysia aman damai..
3. Ya..kita setuju tarif air naik...baru le kita boleh berjimat....
4. Ya...saya setuju ECM Libra menjadi penasihat kewangan negara..baru le ekonomi kita pesat ..
5. Ya..saya sokong ISA diteruskan....kalau tak kacau bilau kita..
6. Ya..saya sokong batal jambatan bengkok...baik buat 2nd link ke Pulau Pinang..lagi baguih no....
Ini le cerita2 benar yang kita expect akan dipostkan oleh bloggers semua......

Thursday, July 27, 2006
Kacukan......

Kambing Kacukan...Jerman Malaysia (Jermasia) , menjadi pilihan utk baka ternakan kerana lebih banyak dan bermutu dagingnya...

Ini orkid kacukan (lupa nama dia)...mempunyai nilai yg lebih tinggi dan ada mencecah ribuan ringgit...
...seperti juga manusia...insan2 kacukan (terutama wanita) biasanya comel2 belaka..dan mengikut kajian anak hasil campuran genetik akan jadi lebih bijak...sebab tu dalam Islam kita tak digalakkan berkahwin dgn sepupu dan sedara mara terdekat...
p/s : semoga anak2 aku juga jadi orang2 yg bijak pandai..(walaupun hanya kacukan Kelantan dan JAwa je...) - 'JAKEL' (jAWA KELANTAN)......
Monday, July 24, 2006
RMk9.....

Pak Lah : Haa..kudin....hang dah dapat projek RMk9 ke..???
Aku : Belum ada yg confirm lagi dato' seri.....kitorang dah daftar dgn kewangan 6 tahun lepas...belum pernah dapat direct appointmnet...
Pak LAh : Ni dah banyak list of project kat paper tu..hang tak follow up ke...???
Aku : Dah follow up dato' seri.....tapi dia kata akan lantik ikut turn....diorang cakap akan dilantik secara telus....telus macam mana dato' seri....
Pak Lah : AAaaA.. betul tu hang tunggu je....sikit lagi nama hang mesti naik punya....
AKu : oooo..kena tunggu ikut turn lagi le yea.........tak dapat projek kecik dapat projek besar pun ok le dato' seri.....hello...hello dato' seri...........................helllloooooooooo......
' Bang, bangun bang........ngigau jadi Dato' K ke jadi KJ...???????''
............................mimpi RMk9 lagi aku..........."tanda2 nak dapat projek kot..????"
Thursday, July 13, 2006
Perkara Aneh & Pelik di Pameran Hantu di Shah Alam..

Antara perkara Aneh & Pelik masa Pameran Hantu....
1. Yang paling berminat nak tengok hantu ni majoritinya orang Melayu kita....tak nampak pula kaum Tionghua dan India..
2. Walaupun Selangor dah diisytihar negeri MAju...pihak Muzium lebih berminat utk pamer pasal cerita hantu & tahyul berbanding mengenai ilmu2 dan teknologi ataupun ketamadunan sesuatu bangsa..
3. Ramai couple2 yg bukan Muhrim ambik kesempatan utk berpeluk2 kat dalam muzium yg gelap gulita..kununnya takut.......Padahal diorang yg lebih hantu berbanding hantu yg dipamerkan..
4. Orang ramai sanggup beratur ditengah2 panas dan sanggup pula bayar tiket utk jumpa hantu....
.............Tapi utk menghadap Allah kat masjid/surau yang ada aircond dan tidak berbayar tak ramai pula orang yang datang.........
Tuesday, July 04, 2006
World Cup dah nak habissss..

World Cup 2006 dah dekat nak habis..antara orang2 yang tak berapa happy kalau world cup dah habis :
1. Hj Omar (tokey kedai mamak kat our neighbourhood).....mesti dia harap setiap tahun/setiap bulan ada world cup.....memang happening kedai dia masa world cup...dia punya peak masa Argentina vs German (kuater final).....sampai gelas pun tak cukup...terpaksa guna bekas plastik....
2. Abang Jamal...tokey kedai burger sebelah kedai mamak....masa tengok bola memang tak menang tangan orang up benjo dan burger.....
3. Para isteri kat rumah........yang ni aku tak boleh confirm..sama ada diorang suka ke tak suka kalau world cup dah habis.......it's something wrong kalau diorang tak suka bila world cup dah habis.....bermakna diorang lebih suka kita bersidai tengok tv kat kedai mamak dari dok berebut tv remote dengan dia dan anak2.....
Anyway my prediction for final......... Germany vs Portugal................Macam biasa Germany menang...
Friday, June 23, 2006
Takziah kpd Sdr Ir. Halim...

22/6/06(rabu)...Masa on the way to ofis lepas tol jln Duta..dapat sms dari kawan ..Ir Halim....ayahandanya Hj. Hamidon telah kembali ke Rahmatullah pada 9pagi di Kg BAru Medical Centre..
terus ke KB medical centre..belum ramai sahabat handai yg datang tapi adik beradik beliau semua dah ada ke situ....
Walaupun tak selalu jumpa arwah..Allahyarham Hj. Hamidon seorang yang peramah dan suka bercerita dgn kami... Arwah seorang bapa contoh yang berjaya mendidik anak2 menjadi insan2 yg berjaya pada bidang masing2 dari jurutera sehingga ke pensyarah...
Sembahyang jenazah diadakan selepas zohor di Masjid Kg. Baru diimamkan YBgh. Ust Dato' Ismail Kamus yang juga amat rapat dgn keluarga Allahyarham.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Danau KOta...
Takziah diucapkan kepada Sdr. Halim dari kami sekeluarga..
"Semoga Roh Allahyarham Ayahandanya ditempatkan dikalangan orang2 beriman...Amin.."
Monday, June 19, 2006
Selamat Hari Bapa...
Balik dari ofis......anak2 aku berebut2 bagi kad dan handycraft yang diorang buat utk 'Hari Bapa'......
Ini Adam yang buat...tempat letak pen.. Sama Muka Papa katanya...emmmmm

Ini Yusuf yang buat...dia ni kerja teliti sikit....

Seingat aku..aku tak pernah pun bagi kad hari bapa/ibu utk Abah dan Ma aku....biasa le orang kampung...benda2 formal wishes macam ni memang kita tak buat......
..............Aku terus cari handphone aku..........aku call terus Abah dan Ma aku kat kampung...bertanya khabar....Alhamdulillah semuanya sihat sejahtera........tapi masih tak terucap kata2 "Selamat Hari Bapa" utk Abah aku..........
Takpe le.....aku wish je kat Blog aku pun cukup kot....
'Selamat Hari Bapa..utk Ayahanda Hj. Ismail b Dollah...yang berada di Sungai Durian, Kuala Krai'.....

Thursday, June 15, 2006
Kembali Ke Sekolah..

Sekolah dah buka balik.....masa cuti lepas minggu ke 2 baru boleh bawa diorang berjalan2...
Selain bawa balik mereka balik kampung jumpa atuk/nenek...sempat le bawa mereka 2-3 tempat utk isi masa cuti mereka.
Diorang ni semua minat kartun..so aku bawa tengok CArtoonival kat KLCC...diorang memang suka sangat dapat tengok Power PuFFs Girls, Dexter and all Cartoon Network characters come alive.....
Cuma diorang dok tanya2 "Papa apasal kita tengok dari tempat tinggi...jauh le.."
"ERR...yang tengok kat bawah tu semua diorang dapat tiket sponsor..kalu beli tiket sendiri kena dok kat atas.." Jawab aku (sebenarnya aku beli tiket yang paling murah..hehe..)
Masa tengok show tu anak2 aku bising dan excited habis...kadang2 rasa segan dengan orang2 sebelah..aaahhh..budak2 macam tu le...
Aku tengok satu grup budak2 kat belakang aku tu senyap dan berdisplin....duduk saje tengok...dalam hati aku kata "Bagus le budak2 ni..senyap je..tak macam anak2 aku.."
Bila habis show grup diorang keluar dulu....oooo..anak2 'down sindrom' yang duduk belakang kami...aku tengok anak2 ku lagi ...aku bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah kepada kami....aku lebih rela diorang buat bising2 dan dok bergurau senda..........
Selamat Kembali ke Sekolah....(Adam dan Yusuf.. masih kat tadika ('dekat' Pasti)..Aisyah baru 3 tahun..
Saturday, June 10, 2006
Kain Batek Arwah Kak Endon..

Waaah..bershopping sakan diorang kat Pasar Siti Khadijah KB....aku pun pelik...aku nampak kain dan tudung yang dijual kat situ sama je....kalau pergi satu kedai tu aku agak tak payah lagi jengok kedai lain...rupanya tak begitu....kena round jugak....
....ini antara kelebihan orang pompuan....yang akan akhirnya 'mengurangkan berat wallet' lakinya jugak....tapi its ok...once a while...diorang pun jarang datang KB...harga barangnya still murah....especially harga makanannya dan kain2 batik...
...Banyak kain batik yg dijual kat sini...thanks to Arwah Kak Endon (PM's wife) yang promote batek M'sia...nampak rancak kembali local batek product..
letih ikut diorang... aku lepak kedai kopi kat area pasar....sambil makan sup perut aku tengok tokey kedai tu tengah baca paper isu..Dr M kritik Pak LAh..
aku saje test..." Dr Mahathir komplen lagi ke..??"
Tokey kedai itu jawab,"memang betul Mahathir kato tu...Pak Loh tak berapa pandai memerintah...Pok LOh tu layok jadi D.O. kat Bachok aje.....memang tak layok dio jadi PM...tengok lo ni...harga barang semuo naik...minyak, tong gas..la ni...gulo pulak payoh nak caghi.....nasib baik demo minta air kurang manis....."
tu dia....aku saje nak tengok tokey kedai tu punya reaction je...dia ni wakil sebahagian suara rakyat jelata...
...aku tanya lagi..."Kalu Pak Lah hanya layak jadi D.O. Bachok......Awang Adek nak letak mano..??"
dia jawab.."Awang Adek jadi Tok Gawo (Penggawa) la..."
...Ha ha ha ha...hahahahahahaha........ha..ha..
Tapi tak semua rakyat di Malaysia yang sependapat dengan tokey Mee Sup Perut tu....tak ramai rakyat Malaysia yang pandai dan berani tukar kerajaan yang memerintah....
Balik Kkapung..
Dikir 1...
Ada sekor tupa jatey....lompat2 cari makeeeyy...lompat2 atas dehey...dio caghi makeeyyy....
Dikir 2....
Kalu gilo ko oghe ttino.....tak nampok demo pung tok apo....asal boleh kelih rumoh demo...
Soal Jawab agama..
"Suami saya kato...dio nok keluar...tak ser kelik lagi....dio suruh jaga le anok2 semua...dia dok gilo ko hok mudo (bini no 2)".....
Pengumuman...
" AAA adik kakok semuo dijemput ramai2 ke SK LAwang TAnah Merah...ada majlis pemimpin (dacing) bersama rakyat.....Malam ni kita ada pertandingan dikir barat dengan tukang karut yg sohor2 ......"
Pengumuman lagi..
" Adik kakok semua dijemput ke makan malam ramah mesra bersama pemimpin (dacing lagii)..di dewan orang ramai kampung ........ada konsert bersama artis yg tersohor dari KL dan persembahan dikir barat..."
.........ini lah situasi sebenar di Kelantan apabila mendengar Kelantan FM (radio negeri tapi suara persekutuan).....dengan ada satu pihak yang cuba membendung maksiat dan kemungkaran...setengah golongan lagi cuba suburkan lagi budaya hedonisme dan hiburan.....
p/s : balik from KB....its was a bad wheather all the way from KB...dah le flight delay...aku rushing nak balik tengok bola...kick-off world cup...ni aku boring dgn Air Asia...dah rasa cuak utk naik Air Asia next time...tapi bila tengok dia punya pilot and cabin crew handle the situation baru rasa ok...
...cuma satu my comments...sterwardess dia pakai skirt singkat sangat...kalu balik sorang2 ok..tapi kalu dengan budak dan mak mentua ada sekali..tak berapa sesuai...he..he..

Friday, June 02, 2006
Rileks Sekejap...
.....Jamming Session....design and drawing is ready for submission.....happy hour......!!!Tapi....projek ini belum confirm kita dapat......
AAHHH.. Kalau tak cuba langsung tak dapat...
Kalau le ada abang yang jadi Deputy Prime Minister....
Tidaklah aku tunggang langgang buat proposal je....
.....Jamming Session..'Knock kNock Knockin da heaven door oooohhh....ooohh..woooooh"..
Wednesday, May 31, 2006
Hos Bidan Terjun.....

Jadi Hos bidan terjun utk VCD Saujana Menjerit 2....susah juga jadi hos ni....aaah aku buat jugaaa..asalkan mesej sampai kpd pihak berkenaan dan isu bau busuk najis ayam yg dipercayai dari Ladang Ternak AYAm berekatan itu selesai....
klik di sini utk tonton..
http://www.youtube.com/watch?v=h3nglANWPmQ
Tuesday, May 30, 2006
Bank Cap Kepala Rimau...

Bank Cap Kepala Rimau..
Kalau hujung dan awal bulan pak belang selalu hilang taring.....ramai pengikut beratur berjam2...tapi pak belang tak de mood dan selalu kena angkat enjin....
Kalau tengah bulan.. pak belang akan tunjuk taring....mengaum sana sini... sambil mengaum...
....Aumm..encik..duit kereta encik dah tertunggak 2 bulan...
....Aumm...encik...kad kredit encik bila nak buat payment...
....Aumm...encik..loan rumah encik dah lewat ni.....
Selesai mengaum....hujung bulan pak belang semput balik.....ramai terpaksa beratur kerana ....
.........."OUT OF SERVICE!"..........
Monday, May 29, 2006
Lawak kat TV
TV3...
Sekumpulan budak dari pelbagai backgroud main dgn skuad negara yang main pun tah ape2..
Yang berlatih bertahun2 pun main macam orang yang berlatih 3 bulan...
Tak nampak Myteam ni boleh meningkatkan lagi mutu bola sepak negara...tapi sudah tentunya memasyurkan KJ......
Astro RIA..Sekumpulan budak2 yang gila nak jadi glamour....lakonan pun bermula dgn skrip yang sama utk 3 siri lepas...
Sekali lagi MAxis akan dapt keuntungan dari undi SMS terutamanya dari umat Melayu tak kira tua ataupun muda..
Lepas ni malam Ahad sperti biasa ramai yang bertenggek depan TV utk mendengarkan konsert yang sumbang...sumbang dari pelabagai segi..baik suara....moral...dan titisan air mata yang tiada makna...ohh..bangsaku...

Sunday, May 28, 2006
Pasar Tani SU
Subscribe to:
Posts (Atom)